Tuesday, November 24, 2009

Kerja Oh Kerja..




Belajar? atau kerja..Dua-dua pun sesuatu yang menraik untuk kita ceburi..belajar boleh meningkatkan ilmu pengetahuan, kerja? apa lagi, dapat duit lah. tapi tidak semua orang belajar untuk dapatkan ilmu, kerja untuk dapatkan duit. Terpulanglah kepada kita untuk menetapkan apa yang kita mahukan dalam hidup. Belajar+ kerja??sememngnya menarik, dapat sijil/ijazah/master/phd dan pada masa yang sama tak perlu risau pasal mana nak cari duit. Sambung master?phd? hahaha..tak semua orng sanggup melakukannya. Tapi sekarang ni, semua itu seolah-olah satu fenomena. Mungkin kerana kebanjiran penganggur di kalangan lepasan ijazah yang masih mencari cari hala tuju hidup yang lebih pasti..namun, bagi saya, jalan yang saya pilih ini sememngnya satu tekad dan cita-cita. Tipulah kalau nak cakap cita-cita ni sejak dibangku sekolah, sedangkan masa sekolah tak tahu pun ada orng belajar sampai tahap gaban ni..haha...Bidang penyelidikan sememangnya bidang yang mencabar fizikal dan mental seseorang. Menguji sejauh mana diri mampu bertahan dan menerima setiap kegagalan dan kekecewaan dalam hasil kerja. namun, di sebalik kegagalan, ada juga terselit ruang-ruang kegembiraan yang boleh menjadi pengubat kesedihan. Berani dan bersedia untuk menerima kegagalan, itulah yang saya rasakan aspek yang penting untuk menceburkan diri dalam bidang penyelidikan. Tuntutan komitmen hampir 100 % diperlukan diiringi pengorbanan, kebijaksanaan merebut peluang dan kemahiran berkomunikasi.

Kerja? "susah nak cari kerja sekarang ni"..ayat yng biasa sangat kita dengar. Tapi sejauh manakah kesusahan itu, hanya orang yang merasainya lebih mengetahui. sesetengah orang mengnggap belum ada rezeki..dah banyak kali cuba temuduga ini la, itu la, tapi, semuanya menghampakan. Adakah kerana rezeki atau memang kita tidak layak untuk jawatan itu? Kadang kala, pahit sebenarnya untuk menelan satu kegagalan..namun, kegagalan itulah yang membuatkan kita lebih kuat. Kenapa Allah beri kita kegagalan? satu persoalan yang selalu bermain di fikiran. Adakah sekadar Ujian dari Allah? ataupun Allah menyediakan peluang yang lebih baik untuk kita?..Allah maha mengetahui..

Bertuahnya mereka yang dikurniakan Allah jalan hidup yang mudah.. semuanya berlaku seperti diinginkan. Mungkin, itulah lumrah hidup namanya..Allah mengurniakan kemewahan supaya kita setiasa bersyukur dengan nikmatnya, satu ujian yang besar sebenarnya..Tapi, bagi yang mengharung pelbagai dugaan, ingtlah, dugaan itu sebenarnya yang akan mendekatkan kita kepadaNya.supaya kita menjadi hambaNya yang sentiasa memohon hanya dariNya..Kesabaran lah tunggak utama,redha, berdoa, dan ingatlah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Kuatkan semangat, sentiasa berfikiran positif dan jangan mudah putus asa..mungkin itulah resipi orang-orang yang mampu menghadapi dugaan semasa tengah cari kerja...

Kerja Oh kerja....mungkin masanya belum tiba.

0 comments:

Post a Comment